.:SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM SESI 2008/2009:.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman, (iaitu),"Berimanlah kamu kepada Tuhanmu," maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang-orang yang berbakti. (Ali-Imran:193)

28 Februari 2009

PELAJAR MELAYU TIDAK MINAT MEMBACA

Dewan Industri Buku Malaysia (DIBM) melahirkan kebimbangan mengenai kurangnya minat membaca buku di kalangan pelajar Melayu pada masa ini terutama pelajar institusi pengajian awam.

Presidennya, Datuk Ghani Ngah berkata, perkara tersebut turut diperkatakan di kalangan pihak media dan pakar akademik yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai tahap penurunan minat membaca buku di kalangan pelajar Melayu sejak kebelakangan ini.

Katanya, DIMB percaya keadaan itu berlaku disebabkan pergantungan pelajar atau remaja terhadap kemudahan Internet yang dianggap lebih mudah dalam menyalurkan pelbagai maklumat yang diperlukan oleh mereka.


‘‘DIMB berharap agar pihak berkaitan terutama dari pihak kerajaan sendiri perlu mencari formula berkesan untuk menarik kembali minat pelajar Melayu terhadap pembacaan pelbagai jenis buku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Islam anjuran Universiti Multimedia kampus Melaka (MMU) di sini hari ini.

Pada masa yang sama, katanya, pelajar Melayu itu sendiri perlu mengubah persepsi mereka terhadap aktiviti membaca bagi memastikan generasi akan datang tidak cetek ilmu pengetahuan.

Katanya, senario membimbangkan itu timbul disebabkan kesilapan pelajar dan masyarakat sendiri yang beranggapan membaca itu hanya untuk lulus peperiksaan.

‘‘Akibat pandangan itu, kebanyakan pelajar hanya akan membaca sebagai persediaan untuk lulus peperiksaan dan apabila selesai, buku tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa perlu dibaca semula atau untuk rujukan selanjutnya.

‘‘Sikap membaca ini adalah untuk semua peringkat, ia bukan hanya untuk mempersiapkan pelajar menduduki peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata, buku masih berperanan dan merupakan alat berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat kepada pembaca berbanding kemudahan Internet yang masih bergantung kepada kesesuaian peralatan dan talian tetap.

Pada masa yang sama, katanya, jika dilihat mengenai sambutan pengunjung pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada April lalu, pihaknya mendapati hampir 85 peratus daripada kira-kira tiga juta pengunjung terdiri daripada orang Melayu.

Sumber, Utusan Malaysia Online.

23 Februari 2009

KENANGAN FAMILY DAY 09

SMPI 08/09-Tema biru jadi pilihan.

Bakal Ustaz2 berlatih kemahiran PJ.

Usrah Adik-Beradik SMPI 08/09.

Pensyarah yang prihatin.

Bakat yang terpendam.

21 Februari 2009

Family Day - Sila Ambil Perhatian

Assalamualaikum....
Kepada sahabat2 yang mengikuti Family Day:

1. PAKAIAN

- sesuai untuk
sukan@sukaneka

2. BAS

-Berkumpul di venue terdekat dari kawasan anda jam 7:30 am
(a) API
(b) AR-RAHMAN
(c) KK8/KK10

# Bagi yang tinggal di Pantai Permai, Bukit Angkasa,Blok21, @Kondo Rakyat anda dikehendaki menggunakan pengangkutan awam untuk berkumpul di Masjid Ar-Rahman.

# Sekiranya bas di KK8/KK10 penuh sila tunggu bas dari API k...



3. PENGANGKUTAN SENDIRI (motor, bas..ikal, kereta kebal,kereta lembu, kereta sorong....)

- Berkumpul di masji ar-Rahman (7:30am)
- AJK Pengangkutan akan memimpin ke tapak program
- P/s = jangan berlumba dengan AJK nanti anda sesat

4. TAPAK PROGRAM

- Taman Tasik Perdana (Belakang masjid negara & masuk ke dalam sedikit...)

5. VIP
- Pensyarah2 SMPI
(a) Dr Shamsiah & Family
(b) Ust Zawawi & Family
- Dr Yusuf, Kak Reen,..........

6. TAMAT
- Dijangka pukul 2
- Solat Zuhur di rumah@kolej masing-masing bagi yang menggunakan bas untuk mengelakkan kelewatan berkumpul balik

Sebarang Pertanyaan Hubungi; Ismail bin Majelis (0132968153)..
Wassalam.

Dipetik dari laman SMPI o708

20 Februari 2009

Maklumat Perjumpaan:

Tarikh : 24 February 2009

Hari : Selasa

Tempat : Dewan Kuliah Utama(DKU) API

Masa : 12:50 tgh Hari

Kehadiran semua pelajar SMPI adalah diwajibkan.

Hari Keluarga SMPI


Program Sarjana Muda Pendidikan Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya akan mengadakan satu program khusus untuk SMPI dan staf program iaitu Hari Keluarga SMPI 2009 (Family Day) yang julung kali diadakan.

Tarikh: 22 Februari 2009 (Ahad)
Masa :8 Pagi
Tempat: Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur


Semua ahli SMPI dijemput hadir.
Sama-sama kita meriahkan majlis ini.

HIWAR


I made this widget at MyFlashFetish.com.