Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman, (iaitu),"Berimanlah kamu kepada Tuhanmu," maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami beserta orang-orang yang berbakti. (Ali-Imran:193)
SMPI 0809 adalah komuniti mahasiswa yang mengambil kursus Pendidikan Islam di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur bagi sesi kemasukan tahun 2008/2009. Ahli SMPI batch 08/09 terdiri daripada 100 orang mahasiswa. SMPI ini terbahagi kepada 2 pengkhususan iaitu pengajian Al-Quran dan Pengajian Islam. Blog ini ditubuhkan sebagai salah satu wadah untuk ahli SMPI batch 08/09 berkongsi pendapat dan pemudah cara untuk sebarang info terkini. Juga sebagai wadah bagi menyatukan ahli batch ini.Semoga blog ini dapat dimanfaatkan oleh semua ahli.